Friday, November 5, 2010

Ijtihad wa la taksal...

...fannadamah 'uqba limayyatakasal.

Bersungguh-sungguhlah dan jangan malas kerana penyesalan adalah akibat bagi orang yang malas!


Rakan sekalian... Buat pertama kalinya dan akhirnya saya ada sesuatu yang bermakna untuk dikongsi di sini.

Amalkan ayat ini sesudah solat dan sebelum menjamah makanan atau minuman.

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.


Sekiranya anda yang ingin menganiaya rakan-rakan sekalian seperti santau, biiznillah, malaikat akan menepis tangan anda dan pecahlah cawan atau pinggan tersebut.

Selain itu, ayat ini juga baik diamalkan untuk mengelakkan kita dari termakan makanan yang haram dan ketika mahu mengembara. Elok diamalkan terutamanya rakan-rakan di luar negara.

Tapi ingat, segala yang berlaku adalah dengan izin Allah. Kita hanya merancang dan berjaga-jaga.


No comments:

Post a Comment